Kelas Advokasi – Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian

16 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi dengan tajuk Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian. Objektif penerangan dan pendedahan tajuk ini adalah tentang pentingnya tajuk ini kepada peserta-peserta dan komuniti setempat. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Pada kelas ini diterangkan dan didedahkan tentang Pelindungan Kanak-Kanak Dalam talian, risiko mereka dalam talian dan juga apa yang sepatutnya yang dilakukan dan tidak patut dilakukan dalam talian. Disamping itu, diterangkan juga tentang Pengurusan Risiko Dalam Talian. Mengapa pengawasaan kanak-kanak perlu dan mengapa kawalan ini perlu. Dalam pada itu juga, terdapat 4 peserta juga berkongsi bagaimana mereka menghadapi Buli Siber dan cara mereka mengatasinya. Perkongsian ini amat bermanfaat kepada peserta lain.

Apa yang kita harapkan impak dari penerangan dan perkongsian ini dapat menarik minat peserta untuk menyertai kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet selain daripada kita suntikan pengetahuan advokasi yang berlaku pada masa ini. Melalui pemerhatian, peserta-peserta memberi respon positif dan penuh semangat dalam sesi perkongsian. Semoga dengan pendedahan ini dapat dimanfaatkan oleh peserta dengan baik untuk masa sekarang dan akan datang.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali